Tuesday, August 23, 2011

TELUR REBUS AIR KENCING

By »-((¯`»DiLLa«´¯))-»   Posted at  3:26 PM   macam-macam ada 1 comment





Wau, macam best je dengar tajuk posting kali ni kan...Merebus telur menggunakan air kencing kanak-kanak bawah 10 tahun.

Mereka guna air kencing budak bawah 10 thun sbb katanya mereka masih bersih,suci daripada kotor sbb pemakanan x macam org dewasa...hahaha..pelik ade, lawak pun ade kan...










Pernah dengar tentang Virgin Eggs? Kalau nak tahu, ianya merupakan telur rebus yang dimasak menggunakan air kencing, dan kononnya mempunyai pelbagai khasiat!

Namun, bukan sebarang air kencing yang digunakan tau, mesti air kencing kanak-kanak lelaki yang belum baligh!

‘Makanan unik’ ini kononnya adalah makanan tradisi turun-temurun masyarakat di pekan Dongyang, China. Ianya dikatakan sudah mula dihasilkan di pekan tersebut sejak tahu 1800-an lagi. Malah, telah diiktiraf sebagai warisan rasmi pekan itu.



Beberapa komen yang diberikan terhadap telur itu adalah, walaupun ianya mempunyai bau yang busuk (memangla, nama pun air kencing), tapi ianya mempunyai rasa enak. Sehinggakan ada yang mampu jadi ketagih dengan telur ini. Amboi, sedap sangat tu.



Pemakan telur rebus kencing ni juga mendakwa pemakanan telur ini mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. Katanya, ianya baik untuk pengaliran darah, dan juga mengurangkan suhu badan pada ketika cuaca panas.

Betul ke? Macam tak logik langsung. Langsung tak ada penjelasan saintifik ni.



Yang lagi menarik, macam mana mereka kumpulkan air kencing budak-budak lelaki ni? Tengok gambar dibawah, ianya dikumpulkan di sekolah-sekolah! Sekolah apa yang benarkan budak-budak kencing depan kelas dalam baldi macam tu ya?



Macam-macam betul. Elok la sangat tu didik anak-anak kencing tepi jalan je.

Harap-harap telur ini tak dihasilkan di Malaysia, dah tentu-tentu haram. Bukan ke NAJIS tu?

huhu


sumber info ni :  carigold.com

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

1 comment:

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 ❤BiLa DiLLa bErCeRiTa❤. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.