Friday, November 28, 2008

bersahabatlah selamanya...

By »-((¯`»DiLLa«´¯))-»   Posted at  7:28 PM   tips 3 comments

Apabila bersahabat, kamu &; sahabat harus mempunyai tanggungjawab &; punya harapannya sendiri.bersahabat adalah penting bg mengeratkan lagi sillaturrahim sesame kite.bersahabat juga boleh membuatkan kita yakin,gembira untuk meneruskan kehidupan..Saling Memberi Kebebasan Persahabatan memberi kita ruang utk berkongsi suka duka bersama dan bukannya utk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya.ada beberapa tips yang membolehkan kamu bersahabat buat selamanya.. Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt kekasih, tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan &; keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak &; kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan &; kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jgn dibalas, berdiam &; tunggu hingga dia reda &; sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar &; angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i. e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s. w. t

Rasulullah s. a. w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s. a. w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

sekian..

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

3 comments:

  1. fara tips tu amat berguna.... thanks cayank

    ReplyDelete
  2. ade tag yg mengena.. dtg blog Ungu violet yer.. ambik n buat.. thanks..

    ReplyDelete
  3. Saya tertarik dengan senarai 'bersahabat selamanya'.. bukannya apa, kadang-kadang kita terlupa sempadan dan had bila dah kita anggapnya sebagai seorang sahabat..


    Maksudnya ingin bersama sentiasa.. ingin tau segala-galanya..

    ReplyDelete

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 ❤BiLa DiLLa bErCeRiTa❤. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.