Friday, November 28, 2008

ape yang harus dilakukan sekiranya putus cinta...

By »-((¯`»DiLLa«´¯))-»   Posted at  7:02 PM   tips 2 comments



Cinta memang manis & indah bila diakhiri dgn. ikatan yg. sah. Bagaimana pula dgn. cinta yg. putus di tengah jalan. Tentu perit utk. menghadapinya... apatah lagi bila bekerja di satu pejabat. Mungkin dgn. panduan berikut sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan gundah gulana, kepedihan & rasa kecewa yg. dialami. jum kita sama2 baca satu persatu..

1. Berdamai dgn. diri sendiri. Manjakan diri anda ie mandi sauna, urut aromaterapi dsb. Jgn. ragu-ragu bersikap egois, menangislah sepuasnya jika itu yg. diinginkan. Usah pedulikan komen-komen drpd. org. lain.

2. Hindari dari membuat keputusan2 besar kerana keadaan anda masih dlm. kedukaan dan tentunya masih lagi dipengaruhi emosi.

3. Berbicara dgn. org2 yg. anda percayai. Drpd. mereka anda akan mendapatkan kata-kata bijak yg. boleh menghiburkan hati.

4. Keluarlah dgn. kawan2 lama yg. dapat membuat anda tersenyum, bahkan tertawa lebar.

5. Perbaiki penampilan diri dgn. demikian akan akan lebih mempercayai diri.

6. Jgn. melarikan diri dgn. org. lain. Org. yg. baru putus cinta cenderung ingin cepat-cepat punya kekasih baru utk. menepis kesendirian. Kesilapan besar kerana 'pelarian' tersebut bukanlah akan menyembuhkan tapi akan menimbulkan masalah baru.

7. Bermesralah dgn. binatang kesayangan spt. kucing, arnab dsb. Sedikit sebanyak akan melupakan kepedihan.

8. Menulis surat. Jika anda membenci bekas kekasih... tulislah semua kebencian anda di sehelai kertas, lalu bakar. Hal ini hanya untuk menyalurkan emosi anda.

9. Jgn. ragu memberi 'komplimen' utk. diri sendiri. Misalnya jika anda suka bunga, belilah beberapa kuntum bunga & letakkan di mana anda suka. Ganti beberapa hari kemudian dgn. bunga lain.

10. Makan tepat pada waktunya. Jgn. menjadi kuat makan (emotional eater) kerana berat badan anda akan naik dgn. cepat tapi jgn. pula hilang selera makan krn. anda akan jd. tidak bermaya. Makanlah dgn. tepat dan sihat.

11. Bersukan. Latihan fizikal selain membuat tubuh sihat dan meningkatkan stamina tapi juga terbukti dapat memperbaiki 'mood'.

12. Lakukan hobi yang anda sukai ie. membaca, menonton tv, berkebun dsb.

13. Jgn. 'trauma' oleh cinta. Jatuh cinta tidak datang hanya sekali dlm. hidup. Percayalah pada keajaiban cinta.


Tambahan:- Anggaplah putus cinta itu adalah satu 'persinggahan' dalam kehidupan. Berfikiran positif utk. menanganinya. Mungkin dia bukanlah yg. terbaik untuk diri anda. Sesuatu yg. terjadi ada kebaikan di sebaliknya. Sebagai seorg. Islam, kepadaNYA kita mengadu apa yg. tersirat di hati kita. Telah tersurat dia bukan jodoh anda, mohonlah kepada Tuhan agar anda dapat melupakannya. Putus cinta bukan pengakhirnya kehidupan anda, hidup mesti diteruskan.

sekian....

About the Author

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9

2 comments:

  1. lor sejak bila fara jd doktor cinta ni wakakakaka tp takpe tips tu amat berguna uhuk2 syam kay(fara typo) sini wakakakaka

    ReplyDelete
  2. Putus cinta?
    'Adooiiii sedihsss pedihsss pilusssss' inilah ungkapan yang sesuai tika dan saat putus cinta. Tika itu dunia terasa tak menyebelahi kita jer.

    Bila putus cinta, kena terima hakikat ada hikmah yang tersembunyi. Kena fikir positif. Tentu ada kebaikan yang menanti kita seterusnya...

    Orang yang baik pasti akan dapat yang baik.. so, sabar..

    ReplyDelete

Back to top ↑
Connect with Us

What they says

© 2013 ❤BiLa DiLLa bErCeRiTa❤. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.