Hari Valentine semakin menghampiri. Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata.
Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya. Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan "supercalis" bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.
Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".
Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.
Semoga anda semua mengambil iktibar!!! Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol...
Friday, February 13, 2009
ingatlah saudara2 islamku semua...valentine day haram disambut..
By »-((¯`»DiLLa«´¯))-»
Posted at 8:17 PM
kenanganku
2 comments
"Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati…"
About the Author
Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.
View all posts by: BT9
- KOLEKSI CROCHET SAYA!!!!
- kemenangan chelsea fc dan aku kna jadi laki????
- REVIEW: THE MOON THAT EMBRACES THE SUN (KOREAN DRAMA)
- jom buat duit
- jom wat duit...saya da dapat!!!!
- TIPS UNTUK MENJADI GADIS MELAYU YANG MENAWAN
- ya allah..jika aku jatuh cinta
- ingatlah saudara2 islamku semua...valentine day haram disambut..
- keluar airmata aku gelakkan kucing ni...(must see!!!)
- suka duka 23 februari 2013...sudah ajalmu, OJ
Popular Posts
Contributors
- »-((¯`»DiLLa«´¯))-»
- *suka ketawa* *baik hati* *suka memasak* *suka kucing* *penyabar* *suka drama korea* *suka bolasepak(chelsea fc)* *pandai menyanyi* *pandai mengaji* *periang* *sensitif*
betul3 :)
ReplyDeleteYup! jom kita pulaukan hari V tuu..
ReplyDeletePernah terbaca kisah-kisah di sebalik hari V tu. Semuanya membawa ke arah gejala sosial..